Wednesday 8 April 2015

VACATION D' HO CHI MINH PART 1




Assalam semua ~ hari ni baru la ada masa nak review n recall balik segala macam peristiwa sepanjang percutian di ho chi minh masa bulan 2 hari tu. Percutian selama 5H 4M boleh dikategorikan sebagai HAVOC uolssss ~~~  As usual me pegi dengan geng kesayangan sekalian dan diberi nama BACKPACKER ~ taraaaa, so nice nama seindah ahli jajahannya. hakhakahk. Objektif weols, percutian budget tapi impak yang kebabamommm. tudiaa siap ada objektif bagai. kot rasa ampa nak p travel tapi tak boleh nak dok kat bilik 2 star, so tak boleh geng kami. hahahhaha ( gelak jahat ) . Almaklum leeeee, weols ni jalan sendrik aje, no tarvel agent @ tourist gad ( melainkan tempat2 tertentu aje ). Then ktrg akan caarik date untuk flight  yang murah semurah murahnyeee ~ nak ckp kedekot ? memang ponnn. selagi boleh cut, ktrg cut. Lagi elok duit yang nak beli tiket memahal tu korang buat shoping, ade jugak paedah nye. dari nak beli tiket memahal membazir gitu saje. ohhh noo ~ tak mencapai objektip BACKPACKER u0lsss, hehehehhe :)))



Okay, back to basic ~ me catatkan disini aktiviti dan tempat menarik untuk dilawati, bukan aje untuk rujukan kome kome sekalian, untuk rujukan me jugak mane la tau nak pegi kali ke 2 3 4 5 dan 6 kennn ? macam ade cecite nak pegi banyak kali pulak kan, hahahha. ok dah membebel. back to basic balik, hahahhaha,. ~


Flight weols pukul 2 kot kalau tak silap ~ disarankan korang masuk gate seawal mungkin untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini. i dunno why, lately ni AA punye procedure ketat pulak. tak macm p krabi ari tu. mcm2 kejadian yang jadi kat ktrg tapi Alhamdulillah rezeki masih menyebelahi weolss, dapat jugak naik cabin dan terbang ke saigon nehh ~ phewww ~~ nih nak cite la jugak insiden ktrg tu kan ~ mule2 luggage me tak lepas masuk balai pelepasan tuuu. katenyee bukan cabin size, nah hamek kau ~ dari me nak kene check in luggage last minute n bayo berpuloh hengget, baik me tinggalkan aje luggage tu kan. sudah nyeee pegi hcm bawak handbag je kau. haaaaa, kau hado ? tak penah dibuat orang kan.  Pahtu ~ mase kat 2nd kastam tuu, one of backpacker team pulak sangkut bag. kene bukak beg n cek, habes perfume n mandian kene buang kau. tudiaaa tanpa belas kesian dye buang. Perhhhh ~ sakit nya tuh disini. so korang dinasihatkan bawak liquid less than 100ml ataupun kalau bernasib baik sorok dekat baju yang paling bawah sekali. so, my advice issss ~ better uols boarding awl2 untuk mengelakkn segala kecelaruan. ok and last ~~ selamat jugak terbang  ~~~ huuu terbangg ~~~


Ni la hasil muke selepas berkejar2 an, naseb boleh senyum lagikkk. hehheh
baru duduk around 5 min, then teros FA tu panggil masuk cabin. phuwww, naseb tak kene tinggal. hahahhaha
Dan TERBANG ~ hello HO CHI MINH , yuhuuuuu ~~~

Ni la bag me yang tak lepas tuuu ~~ penat je fenfeling mohabatain, last kali tak lepas masuk. hahhaha. Buat malu ajeee ~



sempat lg selfie before msuk cabin :))
Okay penerbangan ke hcm mengambil mase selama 2 jam, lebih kurang laaa. sejam 55 minit camtu. so kire dah complete touch down dlm 2 jam la. Then ~ sampai je airport pahtu check pasport sume n we decide untuk naik bas aje. boleh jugak kalau korang nak naik teksi, tapi me sarankan korang naik teksi yang boleh dipercayai iaitu VINASUN. Korang jangan lahhh main naik je sebarang teksi sebb dekat sana dorg sesuka hati je nak tipu kite. So dinasihatkan korang carik teksi vinasun tu kalau malas nak naik bas. Tapi actualy bagi me, bas is better ( kalau pegi by group n single mingle la ) sebb ape ~ tambang bas pon 5000k dong aje ( tak sampai 2 hengget pon ) dinasihatkan korang tukar siap2 duit kecik sebb nye pemandu ni dorang takkan kasi balance ( depend pada pemandu jugak tp most pemandu mcm tu ) so better playsafe kan. oky, kalau korang nak naik bas, korang keluar je dari pintu airport tu ~ korang teros menghala ke kanan. carik bas hujung sekali, no 152. korang kene konfident tau, jgn buat2 tanye atau terpinga2. nanti depa ni paksa korang naik teksi. jangan harap la nak tanye depa, jawapan mesty same mcm berjanji pulak kan. sume nanti ckap, i donno i dunno ~ maybe care dorang nak tarik korang naik teksi dorang kot. So, korang nampk je bas tu teros jalan lelaju n naik bas bas buat muka mcm dah biase pegi hcm walaupun baru fes time. Pahtu, jgn risau . korang takkan sesat punye. Mesty korang booking tiket dekat2 nan bent than market kan. so bent than market adelah station yang paling last sekali. tak perlu tekan loceng. nanti last stsation dye akan benti dekat satu station bus, so korang turun la kat situ.


Nanti uolss akan nampak globe tuu, so tu tandanyaaa siap sedia untuk turun yaaa :))
Ni la round d boat sebagai landmark bent than. nampak kude tu ~ nanti depan sikit dah sampaiii ~~

Okay, sampai je kat station tu ~ korang kene melintas ke arah bangunan bent than market tu ~ senang je nak nampak bangunan tu sebb dye ade tulis Bent than market , tak pon korang carik globe tu. s0 korang lintas la ke arah tuu. Haaaa, petua nak lintas jalan ni ~~ korang tutup je n mate bace bismillah dan jalan, dannn pastikan ekot laluan zibra tu ehhh ( laluan yang kuning tu ) . gerenti depa tak langgar punye. ade jugak yang gelarkan hcm ni bandar tintin, sebb nye depa ni suke bunyikan hon sesuka hatii ~  majoriti penduduk hcm menggunakan motosikal sebagai kenderaan depa jadi jgn tekezut laaa motor dorg banyak gilossss. kalah malaysia :))


say chessseeeee ~~
Okay, sesudah melintas jalan, korang carik destrict 1. dinasihatkan korang book hotel area sini bagi memudahkan aktiviti menyoping dan jugak berdekatan dengan night market. so nak keluar n makan pon senang . untuk makluman, kalau teringin nak makan masakan melyu di hcm, korang carik kedai hjh basirah. betul2 depan hotel saigon pink 2. ade jugakk kedai 1 malaysia n kampung melayu tapi dinasihatkan jgn pergii ya, sebb depaa kata ~ restoran ni mcm menggunakan tektik atas nama publish tu untuk menarik orang malayssia tp hakikatnya tukang masak tu bukan islam pon. kebenarannya wallahualam tapi mencegah tu lebih baik, ya kan ??


ni la hotel paling pemes n paling dekat dengan bent thnt market n night market.


after weols dah jumpe hotel, ( ktrg ddk kat mifuki in ~ ) hermm bg me hotel tu so so n not so nice, kalau diberi pilihan, nak je tuka bilik. hahhahah, bukan ape~ hotel tu dah la dalam gmba ade bath tub tp bile dah sampai , non hado pon pahtu bile ade org membuang , bau dye satu bilik babe. bayagkan kalau tengah makan, ko rase ?  same la mcm me rase, hahahhaha. Tapi ~ sarapan disediakan ya di mifuki in, heheh. then after dah rerilex, ktrg pon masak set nasik BRAHIM yang dibawa dari malaysia. sangat berguna diwaktu tengah lapauu dan tak tau nak makan dekat mane. so ktrg pon bedal 2 set nasik untuk 4 orang makan. jimat kan ? dan mengenyagkan . nyum nyum nyum ~~~



Ni la set nasik brahim tuu ~ sumber gamba : google.

Sesudah perot kenyang, mata pon semakin layu . untuk fes day ni kami hanya rehat n charge energy untuk aktiviti esok iaitu Mekong River ~ dan sebelah malam nye kitorang jenjalan di night market. untuk korang yang pergi lebih 2 hari, for the fes day, better korang survey dulu. dan teknik bargain haruslah excellent. kalau korang tak berhajat nak beli, jangan la sesuka hati tanya harga dan usik2 barang peniaga tuu. nantik dorg akan paksa korang beli jugak. dan majoriti dorang pandai cakap melayu. Kakak murah kakak, tengok baju cantik2, tu la ayat biasa yang korang akan dengar. dan kabanyakan urusniaga menggunakan RM. so kalau korang nak tuka duit, tak perlu tuka bayak2 duit dong. Me tuka 1 juta dong je ( RM176 ) dan 150 USD ( RM 566 ) and the rest bawak duit RM je. dorg lagi suke terima duit kite. dong tu untuk beli makanan n air dekat kedai 24 hour dorg, cm 7eleven kita la jugak n  utk tambang bas @ teksi. USD guna untuk bayar hotel. Kalau korang nak jenjalan g mekong river tu, package tu gune duit dong jugak ye. tp kalau single, 1 juta tu dah lebih dari cukup.


ni la pemandangan night market tu. night market ade 2 belah tau. sebelah kiri dan kanan bangunan bent than. so korang janagn jalan sebelah side je. pegi ke dua2 belahnye okehhh.


Antara souvenir yang korang boleh beli untuk saudara mara kat malaysia.

untuk malam ni, ktrg hanya jenjalan aje ~ tak banyak membeli belah sebab nye servey dulu dan malam esok dan seterusnya barulahhhh aktiviti membeli belah. untuk penggemar kopi, anda disarankan mencuba kopi rm3 dekat amoii baju kuning. depa ni tiap malam dok beli kopi ni, sedp katenyeee ~ tapi me yang tak minum kopi ni ~ hanya tengok jelaaaaaaa. hehehhehe

c ika penggemar kopi  sampai tiap malam beli. hahahha

me tak gemar, sekadar tgk jela care pembuatannye tuuuu ~~~

ni la kopi rm3 tu ~ shud try okehhh. 
Then, malam tuuu kitrg balik bilik dan krohhh krohhhhh. kumpul tenaga untuk menyusur mekong river for day 2. yuhuuuuu. ~ so next entry kite hupdate day 2  pulak hokehhh.



Stay tuneeee N baboiiii :)



No comments:

Post a Comment